MARAN: Masjid dan surau di Pahang perlu memastikan semua penceramah dijemput untuk program pengajian dan pengimarahan mempunyai tauliah mengajar agama daripada pihak berkuasa agama negeri. Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, sebanyak 696 masjid dan surau di negeri ini perlu kekal sebagai zon aman dan bebas daripada sebarang pengaruh negatif termasuk ajaran bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Titah baginda, arahan itu bukan bertujuan menyusahkan tetapi…










