PARLIMEN: Syed Saddiq `terkejut’ sektor logistik dikena SST - Utusan Malaysia

PARLIMEN: Syed Saddiq `terkejut’ sektor logistik dikena SST

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta untuk jujur berhubung pengenalan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Dalam perbahasan titah diraja hari ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terkejut sektor logistik yang didakwa dimasukkan dalam pekeliling rasmi walaupun sektor berkenaan dikatakan dikecualikan. 

“Di dalam laman web Kementerian Kewangan, sektor logistik dimasukkan daripada kosong ke enam peratus (dalam SST). Kenaikan yang agak besar. Dengan itu jangan menipu,” katanya, di sini. 

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, kenaikan harga barangan menyebabkan rakyat melabel tahun ini sebagai ‘Tahun Mahal Dah Ni’. 

“Apa akan jadi pada tahun 2024 ini? Low value good tax akan naik. High value good tax akan naik. SST akan naik. Harga diesel akan naik. Harga petrol akan naik. Bil elektrik dan air akan naik.

“Ringgit terus merudum dan lemah. Keperluan asas, barang asas, kita terus bergantung kepada negara luar. Bil import menaik dengan mendadak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN