PETALING JAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menjalankan Operasi Mengesan dan Pemulihan (TRO) 2.0 bermula hari ini terhadap mana-mana pihak yang gagal mengemukakan penyata cukai termasuk syarikat yang berpotensi untuk didaftarkan. Menerusi kenyataan hari ini, JKDM berkata, operasi itu disasarkan kepada pengilang berdaftar, orang berdaftar dan premis penginapan berdaftar yang gagal mengemukakan penyata cukai dalam tempoh yang ditetapkan. “Ia selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 26(1) Akta Cukai Jualan 2018…










