PUTRAJAYA: Alunan nyanyian daripada guru Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 17(1) menyambut kedatangan murid-murid pada hari pertama persekolahan sesi 2024/2025 di sini semalam.. Tiga guru wanita itu mendendangkan beberapa buah lagu termasuk Terukir di Bintang, Mulanya Disini dan Guruku Tersayang dengan diiringi seorang guru lelaki yang bermain alat muzik. Tinjauan Utusan Malaysia seawal pukul 7 pagi mendapati rata-rata murid dilihat penuh bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan penggal baharu. Murid-murid prasekolah…