Niat bersahur beramai-ramai berakhir tragedi - Utusan Malaysia

Niat bersahur beramai-ramai berakhir tragedi

KEADAAN motosikal ditunggang Mohammad Danial Fadhan Mohd. Fazli yang terbabas lalu melanggar pokok di Kilometer 135.5 Jalan Peserai, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Hasrat seorang pemuda untuk bersahur bersama-sama dengan 11 rakannya berakhir tragedi apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 135.5, Jalan Peserai, di sini malam tadi. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam tadi ketika Mohammad Danial Fadhan Mohd .Fazli, 24, dan 11 rakannya bergerak secara berkonvoi dari Pasir Gudang ke sebuah restoran di Peserai.

Sebaik sampai di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha LC secara tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan sebelum melanggar sebatang pokok. 

“Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian dada disahkan meninggal dunia pada pukul 12.05 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Shahrulanuar meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian itu yang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 supaya tampil membantu siasatan.

Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat berkenaan di mana-mana balai polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor menerusi talian 07-2212999 atau Hotline Polis IPD Batu Pahat 07-4343999. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN