BALING: Seorang peniaga bazar Ramadan di Pekan Baling di sini memperkenalkan kelainan juadah berbuka puasa dengan menawarkan nasi beriani yang dihidangkan bersama pelbagai lauk dalam bekas besar dinamakan ‘nasi timba.’ Nor Asiah Mohd. Tajudin, 40, berkata, hidangan itu adalah makanan harian keluarganya dan idea berniaga nasi timba timbul ketika bersembang dengan adik-beradik lain. “Kami perhatikan ramai peniaga jual produk mereka macam itu sahaja. Jadi, kami mula fikirkan gaya persembahan yang…