KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes terowong dasar laut Pulau Pinang diberitahu, nama Lim Guan Eng timbul kali pertama selepas lebih setahun ahli perniagaan Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Zarul Ahmad, 65, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, nama bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu hanya didedahkan kepada SPRM ketika beliau disiasat pada 9 Disember 2019 berhubung kes rasuah melibatkan ahli perniagaan, G.…