MIRI: Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) berhasrat menjadikan Miri sebagai hab pemasaran produk berasaskan nanas yang konsisten dan berterusan. Ketua Pengarah LPNM Mohd Khairuzamri M. Salleh berkata ia bukan sahaja melibatkan pengunjung berpotensi di Sarawak tetapi mampu diperluaskan kepada pelancong dari negara jiran, Brunei Darussalam. “Di samping meningkatkan nilai penjenamaan, jaringan pasaran dan penerimaan produk berasaskan nanas hasil buatan usahawan tempatan di pasaran domestik serta antarabangsa, ini adalah selari dengan…










