MELAKA: Pesawah di Melaka akan memulakan penanaman varieti benih baharu padi MR297 yang mampu mengeluarkan hasil tiga kali ganda serta tahan tanpa bekalan air, bermula November ini. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, penanaman MR297 sekali gus memastikan pengeluaran beras di Melaka dapat dipertingkatkan untuk jangka masa panjang. Menurutnya, benih baharu itu bakal digunakan para pesawah di kawasan seluas 1,385 hektar yang…