KOTA BHARU: Polis menahan seorang lelaki warganegara Thailand dan merampas ganja mampat seberat 8.35 kilogram (kg) dalam serbuan di Kampung Kota, di sini semalam. Suspek berusia 36 tahun itu ditahan pada 7.10 malam semasa berada di atas tangga hadapan sebuah rumah. Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan membawa kepada penemuan ketulan ganja yang dibalut menggunakan plastik. Menurutnya, nilai rampasan ganda itu dianggarkan berjumlah RM25,885.…