KUALA KRAI: Seorang lelaki maut apabila kepalanya terhantuk pada batu selepas terjatuh dari bukit semasa menebas kawasan kebun di Kampung Chenulang, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.56 pagi itu, mangsa yang berusia 23 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, siasatan mendapati, mangsa mengikut beberapa penduduk Kampung Chenulang untuk menebas…