Lelaki liwat remaja, polis terima tiga lagi laporan - Utusan Malaysia

Lelaki liwat remaja, polis terima tiga lagi laporan

ABDUL RAZAK ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Tiga lagi laporan polis dibuat susulan penahanan seorang lelaki yang disyaki meliwat remaja lelaki berusia 15 tahun.

Laporan berkenaan menjadikan keseluruhan lima laporan polis membabitkan suspek yang dipercayai merupakan naib ketua pemuda sebuah parti politik di daerah itu.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, setakat ini pihaknya menerima laporan polis membabitkan enam orang mangsa.

“Selepas dua laporan polis dibuat dua mangsa seperti yang dimaklumkan semalam, kita menerima tiga lagi laporan dibuat empat individu sehingga semalam.

“Ini menjadikan keseluruhan laporan polis diterima adalah lima membabitkan enam mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini.

Kertas siasatan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini dan pendakwaan dijangka dibuat esok di Mahkamah Kota Tinggi.

Terdahulu Abdul Razak dilaporkan berkata, suspek yang  berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan reman bermula semalam hingga esok.

Kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular satu laporan menyatakan seorang naib ketua pemuda sebuah parti politik di Mersing ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes liwat membabitkan mangsa berusia antara 15 hingga 21 tahun.

Difahamkan, mangsa-mangsa mendakwa pernah diliwat suspek sejak 2017 hingga Februari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×