Lelaki gagal seleweng 1,300 liter diesel

Lelaki gagal seleweng 1,300 liter diesel

ANGGOTA penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Gua Musang merampas minyak diesel ketika  Kampung Pulai, Gua Musang, Kelantan semalam.-IHSAN KPDN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Cubaan seorang lelaki menyeleweng 1,300 liter diesel gagal selepas ditahan sepasukan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Gua Musang di kawasan pertanian lapang, Kampung Pulai, di sini semalam.

Serbuan pukul 1 petang itu, melibatkan rampasan diesel dan sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux yang dianggarkan berjumlah RM53,755.

Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata, semasa serbuan dilakukan suspek sedang melakukan pemindahan minyak diesel dari tong diatas trak pikap ke dalam tong dram di kawasan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek telah mengemukakan kebenaran pengawal iaitu empat permit khas untuk membeli di stesen minyak dan menyimpan minyak diesel bagi kegunaan pertanian syarikatnya.

“Namun, kita dapati alamat tempat aktiviti yang dijalankan mengikut permit adalah di kawasan Merapoh, Pahang dan semasa tindakan tempat minyak diesel dihantar ke tempat lain iaitu di Kampung Pulai,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Azman memberitahu, hasil soal siasat mendapati suspek yang berusia 28 tahun itu merupakan pekerja sektor pertanian.

Katanya, suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×