SEREMBAN: Seorang lelaki cedera selepas dia menghalang kereta milik majikannya daripada dilarikan sekumpulan penjenayah dalam kejadian samun di sebuah taman perumahan di Nilai, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, kaunter aduan Balai Polis Nilai telah menerima aduan daripada seorang lelaki berumur 40-an berhubung kejadian samun yang berlaku pada pukul 7 pagi tadi. “Sebelum kejadian berlaku, pengadu ketika itu sedang melakukan kerja di sebuah taman…










