PETALING JAYA: Seorang lelaki memandu kereta ke balai polis dalam keadaan berlumuran darah selepas diserang lelaki bersenjata dalam kejadian di kolam ikan Bandar Country Homes, Rawang pada Isnin lalu. Lelaki berusia 47 tahun itu kemudian dihantar menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, satu laporan dibuat berhubung kejadian pada pukul 6.48 petang. Beliau berkata, mangsa didapati dalam keadaan berlumuran darah…










