BATU PAHAT: Polis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api yang dianggarkan bernilai RM212,000 di sebuah rumah kosong di Taman Harmoni, Parit Sulong, dekat sini pukul 12.10 tengah malam, semalam. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, rumah berkenaan yang tiada bekalan air dan elektrik dipercayai dijadikan stor bagi menyimpan 193 kotak mercun serta bunga api terbabit sebelum dipasarkan dalam pasaran tempatan. Pihaknya kini masih mengesan pemilik…










