Ku Li gesa kerajaan cari cara baiki ringgit

Ku Li gesa kerajaan cari cara baiki ringgit

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kerajaan perlu mencari cara terbaik untuk membaiki kadar tukaran ringgit terutama dengan dolar Amerika Syarikat yang dilihat memberikan kesan tidak molek kepada ekonomi negara.

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li berkata, sekiranya perkara itu gagal diperbetulkan ekonomi negara tidak akan pulih sekali gus memberikan kesan kurang baik kepada daya pengeluaran.

“Hal ini kerana, lebih-lebih lagi tenaga pekerja yang dibawa dari luar negara lebih daripada yang diperlukan. 

“Mereka hantar RM80 bilion ke luar negara dan perkara itu langsung tak beri faedah kepada kita,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa UMNO Bahagian Gua Musang di  Bukit Cekati di sini semalam.

Dalam perkembangan lain, Ku Li mencadangkan kepada kerajaan supaya memberi bantuan tunai bulanan bersasar kepada rakyat di negara ini yang tidak berkemampuan menyertai aktiviti menjana pendapatan.

Katanya, sistem bantuan tunai itu membolehkan golongan sasar menggunakan wang yang diberikan terus untuk membeli barang keperluan serta menjana ekonomi keluarga mereka.

“Semasa pandemik Covid-19 dulu saya pernah cadang kepada Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi bantuan kepada rakyat terkesan.

“Untuk kali ini, saya cadang setiap rakyat yang mempunyai kad pengenalan diberi RM1,500 setiap bulan sehingga keadaan pulih. Maknanya kalau ada lima anggota keluarga dia akan dapat RM10,500. Jumlah itu boleh membiayai kehidupan mereka,” ujarnya.

Ku Li berkata, bayaran tunai secara berkala sebanyak RM400 yang dilakukan kerajaan tidak membantu rakyat yang terkesan dengan kos sara hidup tinggi ketika ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN