KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan berjumlah RM6.1 juta bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan lampu isyarat dan lampu jalan di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr. Izani Husin berkata, peruntukan yang diterima kali ini lebih besar berbanding RM1 juta pada tahun lalu. “Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas pemberian peruntukan ini. Pemberian itu hasil usaha pegawai-pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri terlibat yang meneliti serta mengenal pasti kerosakan. “Seterusnya mereka (pegawai-pegawai JKR negeri) menyedia dan mengangkat permohonan peruntukan kepada Kerajaan Persekutuan,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya