Kalimah Allah: Kilang buat laporan polis, dakwa terima ugutan - Utusan Malaysia

Kalimah Allah: Kilang buat laporan polis, dakwa terima ugutan

PEGAWAI dan anggota polis yang menerima surat perhargaan daripada M. Kumar sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 Peringkat Negeri Johor di IPK Johor, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kilang yang terlibat dalam insiden pembekalan stoking tertera kalimah Allah yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini mendapat menerima ugutan.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar memberitahu, wakil kilang tersebut telah membuat laporan polis dan memaklumkan ugutan berkenaan dibuat di hadapan kilang pada 19 Mac lalu.

Walau bagaimanapun, wakil kilang itu hanya membuat laporan polis tentang kejadian tersebut pada 23 Mac lalu  setelah insiden itu tular dalam media sosial.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kelmarin, wakil kilang membuat laporan polis berhubung satu ugutan yang diterima. Berdasarkan aduan ugutan itu berlaku secara bersemuka pada 19 Mac lalu, namun laporan polis hanya dibuat pada 23 Mac setelah kejadian tersebut tular di media sosial.

“Kita sedang mengamati kandungan media sosial yang tular sebelum tindakan lanjut diambil. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 Peringkat Negeri Johor di Ibu pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalannya, Deputi Komisioner Afandi Senin.

Kumar berkata, pihaknya kini dalam proses mengambil keterangan daripada beberapa saksi lain bagi melengkapkan siasatan.

“Polis Johor  telah menerima 14 lagi laporan polis berhubung insiden penggunaan kalimah Allah di negeri ini, menjadikan keseluruhan laporan diterima berkaitan kes itu sebanyak 25 laporan.

“Sementara itu, saya juga menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa polis Johor lambat bertindak dalam menyerbu premis kilang berkenaan selepas insiden berkenaan tular. Tiada elemen lambat bertindak di situ, kilang tersebut telah diperiksa seramai lebih 40 pegawai dan anggota polis melibatkan setiap inci kilang. Tiada ruang yang terlepas daripada pemantauan polis,” jelasnya.

Dalam kes berasingan, Kumar memaklumkan pihaknya sedang menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan komen dalam media sosial yang menghina Nabi Muhammad dan agama Islam.

Terdahulu, seorang pemilik akaun Facebook yang berasal di Pontian didakwa telah membuat kenyataan menghina Nabi Muhammad dan agama Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×