IPO JV anak syarikat SRC International tidak berlaku

IPO JV anak syarikat SRC International tidak berlaku

NAJIB Razak diiringi pegawai penjara ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam untuk sambung bicara kes pecah amanah dan pelanggaran kewajipan statutori berkaitan dana SRC International. – UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pakar penyiasatan kewangan, Angela Barkhouse memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa tawaran awam permulaan (IPO) syarikat usaha sama antara anak syarikat SRC International Sdn. Bhd. dan kerajaan Abu Dhabi bagi projek arang batu tidak pernah berlaku.

Jelas pakar pemulihan aset luar pesisir yang juga pelikuidasi SRC BVI itu, berdasarkan maklumat penyata kewangan Gobi Coal & Energy Limited (GCE), lombong arang batu di Mongolia itu tidak pernah mengeluarkan arang batu secara komersial atau menjana sebarang hasil daripada operasi perlombongan.

Menurut saksi kedua kes saman syarikat itu terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, GCE merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan di British Virgin Islands (BVI).

GCE memegang hak dua lombong terbabit dan syarikat usaha sama Aabar BVI – SRC BVI menggunakan sebahagian besar dana diterimanya untuk memperoleh 14 juta saham dalam GCE pada atau sekitar 8 Disember 2011 dengan harga AS$91 juta.

“E-mel daripada pengarah GCE, Joseph Borkowski ketika itu kepada Quantuma pada 2021 menunjukkan bahawa lombong berkenaan tergendala tanpa logistik untuk mengeksport arang batu.

“Saya perhatikan bahawa dalam dokumen pra-IPO untuk GCE, kekurangan infrastruktur telah diambil maklum dan GCE menyatakan mereka merancang untuk membina jalan sementara ke sempadan China dengan kos AS$35 juta.

“Adalah tidak jelas mengapa dalam tempoh sepuluh tahun sejak pelaburan dibuat, jalan ini nampaknya masih belum siap,”kata Barkhouse yang juga Pengarah Urusan Quantuma International.

Saksi itu berkata demikian pada perbicaraan membabitkan tuntutan saman sivil yang dikemukakan SRC International terhadap Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nik Fai­sal Ariff Kamil.

Dalam tuntutan tersebut, lima bekas pengarah syarikat itu turut dinamakan sebagai pihak ketiga. Sebelum ini, SRC menggugurkan lima individu berkenaan dalam saman itu dan hanya mengekalkan Najib sebagai defendan.

Lima individu itu ialah Datuk Suboh Md Yassin, Datuk Mohammed Azhar Osman Khai­ruddin, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar. dan empat bekas pengarahnya yang bermula hari ini.

Selain itu, Barkhouse memberitahu, Resolusi SRC International bertarikh 17 Februari 2012 menytakan bahawa AS$60 juta daripada pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) akan digunakan untuk pembayaran usaha sama antara SRC BVI dan Kerajaan Abu Dhabi.

Tambahnya, SRC BVI memeterai usaha sama dengan Aabar UAE di mana syarikat usaha sama diperbadankan dalam BVI dan dipanggil Aabar-SRC. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN