Ramadan tahun ini amat bermakna kepada kira-kira 300 asnaf yang diraikan dalam Grand Iftar Meraikan Asnaf oleh GNI Pharma Sdn. Bhd.
Mereka bukan sahaja diraikan dalam bufet Ramadan mewah di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur, malah dapat juga berbuka bersama dengan selebriti dan tokoh-tokoh agamawan terkemuka.
Pengerusi Eksekutif GNI Pharma Sdn. Bhd, Rahmat Hassan berkata, mereka mahu golongan asnaf terlibat merasai pengalaman berbuka puasa di hotel lima bintang bersama ramai selebriti.
“Mereka mungkin tidak dapat peluang seperti kita untuk berbuka puasa di hotel dan jarang dapat bersua muka bersama selebriti. Tetapi hari ini hari mereka untuk kami raikan,” katanya pada majlis itu yang diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur, Isnin lalu. – UTUSAN










