Elak pekan kecil di Negeri Sembilan jadi pekan mati

Elak pekan kecil di Negeri Sembilan jadi pekan mati

PEKAN Pengkalan Kempas yang terletak di Linggi, Port Dickson yang sebelum ini menjadi sebuah 'pekan mati' kini diceriakan dengan lukisan mural bagi menarik kehadiran pengunjung.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Golongan masyarakat yang terdapat di pekan-pekan kecil di Negeri Sembilan perlu mengambil inisiatif permulaan sebagai usaha mengelakkan kawasan tempat tinggal mereka daripada menjadi ‘pekan mati’.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital negeri, Datuk Mohd. Faizal Ramli berkata, menerusi usaha yang diambil itu sudah tentu kerajaan kemudiannya akan turut membantu bagi mengalakkan kehadiran orang ramai di kawasan tersebut.

“Pekan-pekan kecil ini ada bangunan-bangunan lama yang kebanyakannya milik individu, kerajaan negeri sudah tentu mengalu-alukan jika penduduk atau kehadiran pihak swasta untuk menghidupkan pekan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika harapkan bantuan kerajaan, ada sesetengah (projek) nanti terbiar kembali, kalau ada inisiatif sendiri, kerajaan akan bantu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Katanya, mengambil contoh pekan kecil Pengkalan Kempas, kini semakin menarik dengan lukisan mural di bangunan-bangunan lama selain mula dikunjungi orang ramai.

“Ini adalah usaha dan inisiatif masyarakatnya sendiri, mereka ada Persatuan Kebudayaan dan Pelancongan Pengkalan Kempas, mereka keluarkan modal, buat lukisan mural bagi hidupkan semula pekan kecil ini, pasti kerajaan akan bantu untuk melebarkan inisiatif yang telah dibuat,” katanya.

Kebanyakan pekan kecil menjadi pekan mati apabila dibina jalan pintas yang menyebabkan pengguna jalan raya tidak lagi melalui pekan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini