DUN Kelantan: 94 peratus jalan kampung lebar di bawah 4 meter

DUN Kelantan: 94 peratus jalan kampung lebar di bawah 4 meter

DR. Izani Hussin semasa sesi soal jawab lisan pada persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Yang Kelima Belas Tahun 2024 di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan.-IHSAN UPKN Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengesahkan 94 peratus jalan kampung di negeri ini lebarnya dibawah 4 meter daripada jumlah keseluruhan iaitu 12,294.60 Kilometer (KM).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Datuk Dr. Izani Husin berkata, jumlah itu melibatkan jarak sejauh 11,531.57 KM sekali gus menyukarkan kenderaan yang melalui jalan tersebut sukar berselisih.

“Untuk kerja-kerja melebarkan jalan-jalan ini kerajaan negeri akan melihat kepada perkara-perkara berikut seperti kos pengambilan tanah dan isu-isu yang timbul berkaitan pengambilan tanah-tanah milik.

“Oleh itu, pendekatan yang diambil oleh kerajaan negeri pada masa ini adalah dengan cara melaksanakan perluasan jalan melalui kaedah ‘case by case’ mengikut kemampuan pengambilan tanah dan memberi keutamaan bagi jalan-jalan yang tidak melibatkan pengambilan tanah,” katanya semasa menjawab soalan Wan Rohimi Wan Daud (Pas-Melor) pada persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Yang Kelima Belas Tahun 2024 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Dr. Izani memberitahu, selain itu Kelantan mempunyai 432.36 KM jalan kampung yang lebar 4.27 meter.

Katanya, sementara jalan kampung lebar 4 meter sepanjang 330.67 KM.

“Pembinaan jalan-jalan kampung adalah tertakluk kepada Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri 3.0 yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia.

“Perbendaharaan Malaysia yang akan memberikan peruntukan untuk penyelenggaraan jalan-jalan berkenaan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Perkara 109(1)(b), Perlembagaan Persekutuan.

“Garis Panduan telah menetapkan bahawa kelebaran jalan-jalan kampung adalah di antara 2.44-4.27 M. Jalan-jalan kampung yang didaftarkan di Negeri Kelantan melalui Sistem MARRIS OnLine,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN