KUALA LUMPUR : Peruntukkan sebanyak RM267 juta disalurkan kerajaan bagi perolehan aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sekali gus ia merupakan jumlah terbesar dalam sejarah pasukan itu. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, peruntukan itu bagi pembelian pelbagai aset termasuk 150 buah jentera kompak atau compact fire rescue tender (CFRT) bernilai RM 147 juta. Menurutnya, perolehan aset-aset baharu itu penting bagi mencegah kebakaran yang pada…