SUNGAI PETANI: Seorang anggota polis cedera di lutut setelah bergelut dengan seorang penagih yang cuba melarikan diri dengan motosikal ketika Op Tapis Khas di sebuah ladang kelapa sawit di Bedong, di sini kelmarin. Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, anggota berpangkat konstabel berusia 20-an yang bertugas di Balai Polis Bedong itu memegang baju suspek, namun lelaki terbabit memecut motosikalnya menyebabkan mangsa terseret sebelum terjatuh. Namun, suspek berjaya ditahan anggota polis…










