JELEBU: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan beliau campur tangan dan terlibat dalam urusan penentuan kontrak pemain Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC). Beliau menegaskan, tiada bukti untuk mengaitkan dirinya terlibat dalam urusan kontrak pemain ketika pasukan NSFC kini di bawah pentadbiran dan pengurusan baharu. “Jangan buat fitnah terhadap saya, apa bukti saya campur tangan dalam urusan pemain, saya harap dengan ada pengurusan, pentadbiran dan exco baharu,…










