KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap situasi paras air Sungai Pahang yang surut akibat fenomena El-Nino. Ia susulan tinjauan melalui udara yang dilakukan baginda ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan, hari ini. Al-Sultan Abdullah sebelum ini menitahkan agar solat hajat dilakukan di semua masjid dan surau di negeri ini bermula 23 Mac lalu. Berikutan itu, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melaksanakan solat…