Adira tetap mahu cerai

Adira tetap mahu cerai

ADIRA Suhaimi (kiri) bersama peguamnya, Nor Saidah Zakaria ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di Rawang bagi urusan perceraiannya, semalam. – UTUSAN/M FIRDAUS M JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAWANG: Penyanyi, Adira Suhaimi tetap dengan pendirian­nya untuk bercerai dengan suami yang juga usahawan, Datuk Seri Adnan Abu yang popular dengan panggilan Datuk Red.

Kata Adira, keputusan itu diambil demi kebaikan semua pihak termasuk suami dan anak-anaknya.

“Setakat ini, saya nekad mahu berpisah. Saya sebenarnya sudah lama fikir tentang anak-anak.

“Dulu saya rujuk sebab anak, kini ambil keputusan bercerai pun disebabkan anak. Umur saya pun sudah semakin mening­kat. Anak pula ramai,” katanya.

Adnan dan Adira semalam hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat bagi prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung proses perceraian yang difailkan pada 25 Oktober lalu.

Namun, tiada kata sepakat dicapai kedua-dua pihak membuatkan hakim melanjutkan kes kepada proses Hakam yang bakal berlangsung 24 April ini.

Dalam pada itu, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, memaklumkan akan memastikan semua anaknya dapat menyambut Rama­dan dan Syawal bersama Adnan.

Katanya, walaupun bakal berpisah, perasaan dan kebaji­kan empat orang cahaya matanya tetap menjadi keutamaan.

“Perkara ini rumit, sebab dia masih lagi berstatus suami saya. Namun saya tidak akan mengetepikan keinginan anak-anak saya untuk berhari raya dengan bapa mereka,” katanya.

Adnan dalam pada itu memaklumkan akan cuba menyelamatkan perkahwinannya dengan Adira demi kebaikan anak-anak mereka.

“Apa yang saya nampak, perwatakan Adira sudah banyak berubah. Sekarang dia lebih matang, boleh usaha dan berdikari.

“Saya cuba juga untuk pujuk selagi ada masa sehingga April. Saya yakin masih ada peluang, kerana baju saya ke mahkamah pun dia gosokkan. Kalau dia sibuk, saya yang uruskan anak-anak,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN