KOTA BHARU: Seramai 49 tahanan warganegara Thailand yang ditempatkan di Depot Imigresen Tanah Merah di sini, dihantar pulang ke negara asal mereka hari ini. Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kelantan Mohd. Faizal Shamsudin berkata, kesemua tahanan ini dihantar pulang melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang. “Kesemua mereka yang dihantar pulang itu terdiri daripada empat 45 lelaki dan selebihnya wanita. “Tahanan ini masing-masing berusia antara 19 hingga…










