12 ‘runner’ dadah ditahan polis - Utusan Malaysia

12 ‘runner’ dadah ditahan polis

KETUA Polis Daerah Sentul, Ahmad Sukarno Mohd. Zaidi menunjukkan dadah kanabis yang dirampas pihak polis dalam beberapa serbuan di ibu negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kegiatan 12 individu termasuk lima wanita yang dipercayai aktif mengedar dadah kanabis sejak tahun lalu di tumpas dalam serbuan berasingan di Lembah Klang pada 26 Februari hingga 2 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, kesemua tangkapan itu berusia 25 hingga 43 tahun itu dipercayai sebagai ‘runner’ untuk menghantar dadah tersebut ke selatan tanah air.

Katanya, risikan mendapati sindiket itu dipercayai menerima bekalan dadah jenis kanabis dari pembekal Pantai Timur.

“Secara keseluruhan kita merampas dadah kanabis seberat 18,567.50 gram yang dianggarkan bernilai RM 68,375,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.

Ahmad Sukarno berkata, dalam serbuan pertama, pihaknya menahan seorang lelaki di sebuah hotel di Jalan Kuching pada pukul 12.30 tengah hari, 26 Februari lalu.

Jelasnya, pihaknya turut merampas lima plastik lutsinar berisi bahan ketulan mampat disyaki dadah jenis kanabis anggaran berat 3,404 gram.

“Hasil soal siasat, kita menahan empat lelaki dan lima wanita serta merampas 23 plastik lutsinar berisi ketulan mampat disyaki dadah jenis kanabis anggaran berat 6,677 gram di sebuah kondominium di Jalan Gombak, di sini pada pukul 1 petang, hari sama.

“Kesemua suspek telah dibawa balik ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Sentul dan Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Sukarno berkata, pihaknya menahan seorang lelaki di kawasan kondominium di Sentul pada pukul 4.18 petang, pasa 27 Februari lalu.

“Kita turut merampas dadah jenis kanabis anggaran berat 276.5 gram,” katanya.

Menurutnya, tangkapan terakhir melibatkan seorang lelaki di sebuah kondominium di ibu negara pada pukul 7 pagi, 2 Mac lalu.

“Hasil operasi telah merampas lapan plastik lutsinar berisi ketulan mampat yang disyaki dadah jenis kanabis yang dianggarkan seberat 8,210 gram,” ujarnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×