1, 411 ahli Kosma terima duit raya menerusi bayaran RM4,500 seunit keuntungan unit ladang - Utusan Malaysia

1, 411 ahli Kosma terima duit raya menerusi bayaran RM4,500 seunit keuntungan unit ladang

WAN ROSDY Wan Ismail (empat dari kanan) menunjukkan replika pengagihan bayaran keuntungan unit ladang Kosma tahun 2023 di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sambutan Aidilfitri yang bakal tiba pastinya memberikan kegembiraan kepada 1,411 ahli Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma) apabila mereka menerima duit raya menerusi bayaran keuntungan unit ladang berjumlah RM4,500 bagi setiap unit dimiliki.

Difahamkan, setiap ahli koperasi berkenaan memiliki minimum dua unit ladang seorang.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembayaran itu melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM21.4 juta.

“Semua ahli Kosma yang layak akan menerima keuntungan unit ladang itu. Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank ahli bermula hari ini,” katanya dalam sidang akhbar pengagihan bayaran keuntungan unit saham ladang Kosma di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, biarpun pendapatan hasil buah tandan baru (BTB) Kosma berkurangan 34.23 peratus berbanding tahun sebelumnya, namun ia masih dalam keadaan memuaskan berbanding prestasi anak syarikat kerajaan negeri lain.

“Para tahun lalu, Kosma perolehi hasil jualan BTS sebanyak RM156 juta berbanding tahun 2022 (RM237 juta).

“Oleh itu, keuntungan bersih dapat dibahagikan dalam bentuk unit ladang kepada seluruh ahli Kosma juga merosot 41.45 peratus pada tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pembayaran dividen modal syer kepada ahli akan dibuat selepas bulan Mei depan.

“Kosma akan bayar kepada ahli tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-39 pada 25 Mei ini, dan (bergantung kepada) kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN