Wanita warga emas trauma bergelut dengan tiga penyamun - Utusan Malaysia

Wanita warga emas trauma bergelut dengan tiga penyamun

NORHAYATI Maasim (kanan) menunjukkan lokasi dinding papan rumah yang diumpil penyamun dalam kejadian di Kampung Air Besar, Kepis Ulu, Kuala Pilah awal pagi tadi.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang wanita warga emas trauma selepas dia bergelut dengan dua orang penyamun yang memecah masuk ke dalam rumahnya di Kampung Air Besar, Kepis Ulu, di sini, awal pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa, Pasah Amat, 70-an kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah selepas mengadu sakit di bahagian tulang rusuk, selain sesak nafas.

Menurut anak saudaranya, Norhayati Maasim, 34, dia dan suami mengetahui kejadian tersebut selepas dihubungi saudaranya pada pukul 7 pagi yang memaklumkan Pasah telah disamun.

“Kami tinggal tidak jauh dan bergegas ke rumah Mak Teh (Pasah). Semasa kami sampai, anak saudara saya, Mohd. Rizal Isa, 30, serta jiran yang lain sudah ada. Mak Teh duduk di atas kerusi dan memberitahu dia telah

“Dia kata kejadian berlaku sekitar pukul 3 pagi, dia terdengar bunyi bising dari bahagian atas rumah dan membuka pintu yang memisahkan bahagian bawah serta atas rumah.

“Katanya, dia sangkakan binatang masuk ke rumah namun rupa-rupanya penyamun yang menolak pintu berkenaan sebelum berlaku pergelutan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Ujar Norhayati, ibu saudaranya itu, masih dalam keadaan trauma dan mengadu sakit sebelum dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut oleh anak wanita itu.

Menurutnya lagi, ibu saudaranya itu tinggal bersendirian dan memberitahu tidak dapat menghubungi sesiapa selepas kejadian kerana telefon bimbit sudah diambil penyamun manakala beg berisi dokumen penting juga dilarikan penyamun yang memakai topeng.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×