UMNO Johor mahu adakan Konvensyen Orang Melayu Johor - Utusan Malaysia

UMNO Johor mahu adakan Konvensyen Orang Melayu Johor

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Umno Perhubungan Negeri di Pejabat Umno Johor Bahru disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI Pemberita: Khairul
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: UMNO Johor mahu adakan Konvensyen Orang Melayu Johor dalam usaha parti itu untuk terus memperkukuh imej mereka dalam kalangan kaum majoriti di negara ini itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, konvensyen itu juga bertujuan untuk mendapatkan pandangan awam dan hala tuju parti yang dimahukan mereka.

Menurut beliau, konvensyen tersebut merupakan antara fokus utama yang dibincangkan Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor hari ini.

“Agenda UMNO Johor adalah untuk terus mendapatkan sokongan akar umbi, bangsa Johor khususnya orang Melayu di negeri ini. Oleh itu, kita akan adakan Konvensyen Orang Melayu Johor bagi mendapatkan pandangan dan hala tuju mereka.

“Konvensyen ini akan melibatkan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan dijangka bakal diadakan pada Jun depan,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat itu pertama kali di ibu pejabat UMNO Johor, di sini hari ini.

Onn Hafiz yang juga merupakan Menteri Besar turut memberitahu, UMNO Johor akan bekerjasama dengan UMNO Bahagian seluruh negeri untuk memastikan hasrat setiap lapisan masyarakat di negeri ini diambil maklum.

“Kita mahu pastikan Johor terus menjadi kubu kuat buat UMNO dan Barisan Nasional (BN),” jelasnya lanjut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN