Tesla rempuh tembok dinding, pemandu tidak cedera - Utusan Malaysia

Tesla rempuh tembok dinding, pemandu tidak cedera

Keadaan kereta Tesla merempuh tembok di Taman Bukit Serdang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemandu kereta  Tesla berdepan detik cemas apabila merempuh tembok  di Taman Bukit Serdang, dekat sini, awal pagi semalam. 

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A.Anbalagan berkata, kemalangan pada pukul 12.30 malam itu berlaku membabitkan  pemandu berusia 28 tahun selepas pemandu mendakwa tidak nampak tembok berkenaan.

Bagaimanapun, menurut beliau, pemandu kereta itu tidak cedera manakala kereta itu rosak di beberapa bahagian. 

Menurut beliau, siasatan lanjut mendapati pemandu tersebut tinggal di Johor dan datang ke Serdang untuk berjumpa dengan rakannya selain dikatakan tidak mahir dengan  kawasan tersebut.

Jelas beliau, ketika kejadian, lelaki tersebut memandu sendiri dan tidak menggunakan telefon bimbit.

Terdahulu, tular di Facebook memparkan  seorang lelaki memuat naik beberapa gambar dan video yang menunjukkan dinding batu-bata kelihatan ‘berlubang’.

Lelaki itu mendakwa pemandu Tesla berkenaan merupakan pelanggan dari sebuah restoran di Kuala Lumpur.

“Pelanggan itu datang dari restoran sebelum keretanya merempuh dinding batu-bata.

“Dia mendakwa jalan di situ terlalu gelap sehingga tidak melihat dinding di hadapan,” tulisnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×