SEREMBAN: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas empat pertuduhan mencuri barangan di dalam kenderaan di kawasan pantai peranginan Port Dickson. Pasangan berkenaan yang sebelum ini merupakan peniaga air balang di Melaka, Amirull Mu’minin Mustaffa dan Nor Asedah Zaidi masing-masing berusia 38 tahun bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Syed Farid Syed Ali. Berdasarkan pertuduhan pertama, kedua-duanya secara bersama telah mencuri…