SU akhbar, UKK berperanan perangi fitnah - Utusan Malaysia

SU akhbar, UKK berperanan perangi fitnah

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiausaha akhbar dan unit komunikasi korporat perlu memainkan peranan penting dalam memerangi fitnah pihak tertentu semasa kerajaan sedang merungkai masalah rakyat dan mengangkat kembali martabat negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dua pihak tersebut mempunyai peranan  penting selaku jentera utama komunikasi kerajaan.

Menurut  beliau, kerajaan meletakkan jangkaan  tinggi terhadap prestasi dan gerak kerja setiausaha akhbar serta unit komunikasi korporat.

“Setiausaha akhbar dan unit komunikasi korporat yang punya peranan penting menyebar luas dasar, inisiatif dan pencapaian Kerajaan.

“Jentera utama komunikasi kerajaan ini punya peranan penting merangka strategi komunikasi dan naratif berkesan bagi melawan fitnah dan tipu daya pihak-pihak tertentu yang menangguk di air yang keruh terhadap usaha kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Perdana Menteri berkata demikian selepas menyempurnakan penutupan permukiman setiausaha akhbar dan ketua unit komunikasi korporat yang menjadi kesinambungan daripada permukiman Jemaah Menteri bulan lalu.

Anwar berkata, beliau menyedari bahawa usaha dan pendekatan yang diambil tidak akan membawa hasil segera tetapi pasti rakyat akan mendapat manfaat dalam tempoh jangka masa panjang.

“Saya amat berkeyakinan permukiman ini dapat memperbaiki dan memperkukuh usaha Kerajaan dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan terus kepada rakyat,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN