ALOR SETAR: Pejabat daerah akan memanggil penganjur Choii Underground Music Tour Kedah 2.0 di Taman Jubli Emas dalam masa terdekat kerana mengadakan konsert tanpa permit itu pada malam Nisfu Syaaban, kelmarin. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan & Kesihatan negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria, siasatan tetap akan dijalankan sebelum pihak terlibat mengambil tindakan lanjut di sebalik permohonan maaf penganjur acara berkenaan semalam. “Apa sahaja tindakan melanggar garis panduan, kita akan…










