JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen negeri ini menggempur 19 kawasan hotspot dan menahan seramai 50 warga asing termasuk dua kanak-kanak di empat daerah, semalam. Pengarahnya, Baharuddin Tahir berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada 27 warga Myanmar, Indonesia (8), Bangladesh (7), Nepal (4), India (2) dan masing-masing seorang warga Pakistan dan Vietnam berusia antara tiga hingga 52 tahun. Mereka dipercayai bekerja dan tinggal di negara ini tanpa sebarang pas atau permit yang…










