Rezeki lumayan musim udang sepit biru

Rezeki lumayan musim udang sepit biru

NELAYAN darat menaikkan udang daripada belat yang dipasang di muara Sungai Perak di Teluk Intan baru-baru ini. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Muara Sungai Perak di sini yang terkenal sebagai lubuk udang menjadi tumpu­an ketika ini kerana ia musim udang galah.

Selain nelayan darat, muara sungai tersebut menjadi tumpu­an kaki pancing yang meman­cing udang galah terutama udang galah sepit biru, yang harganya tinggi.

Tinjauan mendapati antara kawasan yang menjadi tum­puan ialah di kawasan jeti tepian udang sepit biru, kawasan yang dibangunkan pada tahun 2000 sebagai kawasan memancing dan menangkap udang galah.

Selain memancing, ada juga yang menangkap udang menggunakan sejenis perangkap dinamakan belat.

Bagi kaki pancing, ada yang datang dari jauh untuk memancing di lubuk udang di muara sungai Perak semasa musim udang ketika ini.

Ketua Komuniti Perikanan di sini, Sayed Azman Sayed Ahmad, 54, berkata, selain menambah pendapatan semasa musim udang, komuniti perikanan di sini dapat menambah pendapatan menerusi bot sewa kepada kaki pancing.

Katanya, kehadiran pengunjung di jeti udang galah tersebut semakin bertambah khususnya pada cuti umum dan hujung minggu.

Menurutnya, selain lubuk udang, bandar Teluk Intan ter­kenal kerana menawarkan pelbagai masakan berasaskan udang segar dari Sungai Perak.

Difahamkan, udang sepit biru yang masih hidup boleh mencecah harga RM100 sekilogram, yang sudah mati RM90 manakala gred B dan C RM75 sekilogram.

“Kawasan ini menjadi tumpuan peraih udang dari luar terutama dari Selangor yang membeli udang sepit biru,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×