LIPIS: Seorang remaja berusia 18 tahun maut tertimbus ketika mendulang emas berdekatan Kampung Pantos di sini. Dalam kejadian pukul 12 tengah hari semalam, mangsa, Budiman Johan bersama empat rakannya dipercayai melakukan aktiviti mencari emas dengan menggali tanah menggunakan tangan di ladang sawit milik Risda berdekatan kawasan pembetong parit di kampung tersebut. Ketua Polis Lipis, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, mangsa dan empat rakannya telah ke pergi tempat kejadian pada pukul…