PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu diberi kuasa lebih besar supaya dapat memantau semua laman web dan media sosial seterusnya memadam kandungan berbahaya kepada kanak-kanak. Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Dr. Farah Nini Dusuki berkata, langkah itu boleh diambil dengan membuat pindaan terhadap akta yang berkaitan. Menurut beliau, ketiadaan mekanisme dan undang-undang kawal selia yang tegas mengakibatkan generasi muda khususnya di bawah umur 13…










