TAMPIN: Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar sebuah kereta yang diletakkan di hadapan rumah dalam kejadian di Taman Gemas Indah, di sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, kemalangan membabitkan motosikal jenis Modenas Kriss dengan sebuah kereta jenis Proton Saga. Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki berusia 51…