Pengunjung Taman Tasik Shah Alam terkejut nampak mayat terapung

Pengunjung Taman Tasik Shah Alam terkejut nampak mayat terapung

POLIS memeriksa mayat yang dijumpai terapung di Taman Tasik Shah Alam, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengunjung Taman Tasik Shah Alam di sini terkejut apabila melihat mayat seorang lelaki terapung di atas permukaan tasik, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.19 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, disyaki warga asing kerana tidak mempunyai sebarang (kesan) suntikan BCG di bahu sebelah kiri badannya.

“Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan berpakaian lengkap dan terlangkup,” katanya di sini,  hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mendapati terdapat beberapa kesan luka melecet di sebelah kanan dan kiri leher, selain luka kecil pada pipi dan hidung mangsa.

Kata Mohd. Iqbal, pihaknya tidak menemui sebarang kesan pergelutan dan kecederaan lain yang menyebabkan kematian mangsa.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat yang akan dijalankan pada 8 Februari ini pukul 9 pagi bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. 

“Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut mengenai penemuan  mayat ini boleh segera menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Fazlin Rasli di talian 012-5113584,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×