JOHOR BAHRU: Penganjuran Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) mengimbau kembali memori indah bagi ibu bapa yang hadir menyaksikan permainan tradisional itu di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, dekat sini. Keterujaan itu dikongsikan mereka bersama-sama anak-anak kecil yang dibawa sambil ‘menurunkan’ ilmu bagaimana menerbangkan Layang-layang itu tinggi di ruang udara. Bagi, Khairi Shahrizal Radzali, 31, aktiviti riadah itu amat sesuai dilakukan pada cuti hujung minggu, sekali gus mencipta memori indah bersama-sama anak-anak. Pekerja swasta yang mempunyai dua orang cahaya mata itu mengakui penganjuran FLLSPG mampu membuka mata golongan kanak-kanak mengenai sukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya