HATYAI (THAILAND): Kebanjiran rakyat Malaysia ke Hatyai setiap kali cuti umum dan hujung minggu sejak 10 tahun lalu menjadi lubuk rezeki buat masyarakat Melayu dari wilayah di selatan negara itu khususnya Pattani dan Narathiwat. Rata-rata masyarakat Melayu dari kedua-dua wilayah itu mengakui ‘kegilaan’ rakyat Malaysia melancong ke sini membolehkan mereka mempunyai peluang kerja lebih baik seperti menjadi pemandu van dan pemandu pelancong berbanding menoreh getah, menangkap ikan, buruh serta petani…