Pelajar tingkatan enam maut langgar lembu - Utusan Malaysia

Pelajar tingkatan enam maut langgar lembu

PELAJAR tingkatan SMK Bandar Tenggara maut selepas motosikal ditunggang melanggar lembu di Kilometer 11.5 Jalan Sungai Sayong – Bandar Tenggara, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara maut selepas motosikal ditunggang melanggar seekor lembu di Kilometer 11.5 Jalan Sungai Sayong – Bandar Tenggara, malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 10 malam itu menyebabkan mangsa dikenali sebagai Haffy Danish Kamalullail, 20 maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora kemalangan itu membabitkan sebuah motosikal Yamaha 135LC ditunggang mangsa dengan seekor lembu.

“Seorang lelaki tempatan yang menunggang motosikal Yamaha 135LC telah melanggar seekor lembu. Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal parah di bahagian badan dan kepala serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT) bagi tujuan prosedur siasatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN