Pelajar luar diambil bekerja  bidang AI, teknologi tertentu - Utusan Malaysia

Pelajar luar diambil bekerja  bidang AI, teknologi tertentu

ZAMBRY ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cadangan membenarkan graduan  luar negara bekerja di Malaysia hanya melibatkan bidang tertentu seperti teknologi dan pembangunan kecerdasan buatan (AI)

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, tenaga kerja untuk membangunkan teknologi tempatan masih  rendah dan memerlukan penambahan. 

“Kapasiti tenaga kerja negara kita dalam bidang elektrikal dan elektronik (ENE) hanya mempunyai sekitar 5,000 orang dan kita memerlukan ramai tenaga kerja untuk menarik pelabur-pelabur luar. 

“Universiti awam harus menilai semula keperluan dalam industri sebegini,” katanya ketika ditemui di Program Libat Urus Pendidikan Tinggi Bersama Duta-Duta Negara Luar di Wyndham Grand Bangsar, Kuala Lumpur. 

Menurut Zambry Kadir, beliau telah mengadakan pertemuan dengan  Naib Canselor di beberapa universiti awam mengenai keperluan  tenaga kerja ENE. 

Terdahulu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz mencadangkan untuk mengambil graduan luar negara bekerja di Malaysia dalam bidang teknologi bagi memenuhi keperluan industri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×