KUALA LUMPUR: Pegawai penyiasat kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau pernah menerima arahan daripada pihak atasan agar tidak meneruskan siasatan kes itu, lapan tahun lalu. Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Aida Arifin berkata, arahan itu diterima selepas pelantikan Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebagai Ketua Pesuruhjaya yang baharu pada 2016 menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed. Ketika ditanya oleh…