SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan merujuk kepada segala syor dan ketetapan diputuskan oleh jawatankuasa khas yang telah dibentuk oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) termasuk berkaitan memperkasa undang-undang syariah di negeri ini. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, oleh itu tiada keperluan setakat ini di peringkat Negeri Sembilan untuk mewujudkan jawatankuasa bagi membincangkan perkara berkenaan kerana jawatankuasa khas di peringkat MKI sudah dilihat mencukupi mengenainya.…










