NARATHIWAT: Muzium Warisan Budaya Islam dan Pusat Pembelajaran al-Quran Narathiwat memohon kepakaran Malaysia dalam kerja-kerja pemuliharaan khazanah Melayu lama Nusantara yang tersimpan di sini. Pengarahnya, Lutfi Saman berkata, Malaysia memiliki kepakaran tersebut melalui Arkib Negara Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia. “Marilah sama-sama kita berganding bahu dalam menjaga warisan Melayu lama di Nusantara ini supaya ia terus kekal dan dapat dilihat oleh generasi akan datang. “Kesemua bahan ini adalah ‘benteng’ orang…










